To pain, it’s just a second.

Image

59349_466709960836_254361380836_7253644_1000780_n

“Or do you think that you will enter Paradise while such [trial] has not yet come to you as came to those who passed on before you? They were touched by poverty and hardship and were shaken until [even their] messenger and those who believed with him said,”When is the help of Allah ?” Unquestionably, the help of Allah is near.” Surah al-Baqarah ayat 214

Click link below for a short yet wonderfully written tazkirah :’)

To pain, it’s just a second..

Jazakumullahukhairan 🙂

KUIZ KELAB AL-QURAN ITB

Image

KUIZ KELAB AL-QURAN ITB

KELAB AL-QURAN INSTITUT TEKNOLOGI BRUNEI

:::: Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Kelab Al-Quran Institut Teknologi Brunei sukacita mengadakan QUIZ yang terbuka kepada orang ramai(warga ITB dan bukan ITB).

::::: Bagi yang berkeinginan untuk menyertainya,bolehlah menjawab QUIZ dengan melayari di laman web:

http://goo.gl/9yFQRb

::::: Informasi bagi quiz ini boleh didapati di Facebook “Kelab Al-Quran ITB”

::::: Pemenang akan menerima;
Tempat pertama: Al-Quran waqaf dan Ibtida’

Tempat kedua: Quran color

::::: Quiz ini terbahagi kepada dua bahagian;

1) Soalan-soalan mengenai Kelab Al-Quran ITB dan JAWAPAN BOLEH DIDAPATI dipost-post dan gambar gambar di laman facebook “Kelab Al-Quran ITB”

2)Soalan yang berkenaan dengan Al-Quran seperti tajwid,sejarah Al-Quran etc.

***QUIZ ini dibukakan selama sebulan iaitu dari 20 december 2013 hingga 20 januari 2014.

***Sebarang perubahan akan diumumkan diFacebook “Kelab Al-Quran ITB”

Bagi sebarang pertanyaan, bolehlah menginbox facebook “Kelab Al-Quran ITB”

LITTLE WAYS DOWN THE ROAD PART 4

awesome_roses-wide

” Hmm…group 11…group 11….group 11. Hah ! Jumpa dah ! “

 Sudah hampir 5 minit aku berdiri dekat notice board. Setibanya saja di bangunan APB (Akademi Pengajian Brunei) tadi , cepat-cepat aku berlari menaiki tangga ke tingkat 1. Terus menuju ke arah papan putih yang disangkutkan berdekatan dengan pintu masuk. Nama-nama mahasiswa dan mahasiswi yang mendaftar modul MIB semuanya terpapar atas papan putih itu. Dibahagikan kepada kumpulan masing-masing. 24 kumpulan semuanya. Ingin juga aku mengetahui nama penuh Humaira. Sebab itu lah aku bergegas ke sini selesai saja sarapan pagi di cafeteria tadi. Tak sabar aku ! Hihihi.

Jari masih lagi melekat pada kertas pendaftaran kumpulan 11. Kumpulan Humaira. Masih lagi mataku scanning mencari namanya.

 ” Nah ! Dah jumpa dah jumpa ! wheeee ! ” Senyuman terukir di wajahku. Gembira amat ! Sampai berlompat-lompat ! Kalau diikutkan hati , ingin saja aku bergolek-golek kat atas lantai ni. Saiful bergeleng. Tangan kanan diletakkannya depan mata. Eleh..malu lah pulak dia ni. Bukannya dia tak tahu pun perangai aku. Lagipun bukannya ada orang yang lihat , kan kan ? Hehehe…sabar je lah ye Saiful ?

” Nur Humaira Hanisah binti Abdul Zulkifli. ” Wah ! Cantiknya nama ! Sepadan dengan orangnya. Isshh Hakeem ! Habis kau kalau orang dapat tahu apa yang kau pikirkan.

 

Okay. Dah ingat nama dia. Terukir di dalam kepala , insya Allah tak akan lupa punya ! Nama Humaira aku taip dalam handphone , just in case. Ternampak jam kat handphone menunjukkan pukul 9.02. Kelas muzakarah MIB dah mula. Aku alihkan pandangan kepada Saiful. Dia mengangguk , seolah tahu apa yang ingin aku sampaikan. Rupanya Saiful pun ada natural bluetooth juga  ye ? Kaki digerakkan menuju ke pintu masuk. Baru saja beberapa langkah berjalan kedengaran bunyi tapak kaki seseorang dari arah belakang.

 

” Kejap ! Tunggu aku. Kita masuk sama-sama. ” Tercungap-cungap Dhiya bercakap selepas salamnya dibalas. Akhir Dhiya sampai ke uni hari ni. Hari isnin biasanya dia tiba 1 jam sebelum kelas muzakarah , sempat kami bertiga bersarapan pagi sama-sama di cafeteria. Kami bertiga berada dalam satu kumpulan kelas muzakarah. Kumpulan nombor 22. Pada awalnya bukannya kami berjanji mahu dalam satu group. Oleh kerana pendaftaran bagi kumpulan sesi pagi dan petang untuk hari sabtu dah penuh , terpaksalah diadakan kumpulan untuk hari isnin. Kumpulan kami lah tu. Special sikit lah group kami ni katakan. 

 

**********************

 

Lega rasanya berada di luar setelah menghabiskan masa yang lama di dalam bilik kuliah MIB. Melihat pemandangan sekeliling kampus UBD yang dihiasi dengan pohon-pohon hijau , sambil menghirup udara yang sangat nyaman dan segar membuatkan aku merasa tenang. Terlintas difikiran betapa indahnya ciptaan Allah dan betapa aku patut bersyukur kerana masih lagi diberi peluang untuk terus bernafas , terus berpijak di bumi ciptaan-Nya. Alhamdulillah

 

Bila difikirkan lagi , nikmat yang Allah berikan kepada kita sangat banyak. Seperti bintang-bintang di langit , mustahil bagi kita untuk mengira semuanya. Tetapi…apakah aku pernah benar-benar mensyukuri semua pemberian itu ? hmmm…

 

” Hei , apasal diam sangat ni ? ” Soalan Dhiya membuatkan aku tersedar daripada terus berpikir panjang.

 

” Emm…takde apa apa , ” balasku sambil perlahan-lahan menggelengkan kepala.

 

” Peliklah kau ni. Tak ubah macam dulu , ” tambah Malik , seorang lagi kawanku dari sekolah menengah. Alhamdulillah bertemu lagi di UBD setelah 2 tahun tidak berjumpa. 

 

Tidak begitu ramai orang berada di cafeteria. Alhamdulillah ! Sekarang masih lagi pukul 10 pagi , masih banyak meja yang kosong. Selalunya tempat ni begitu sesak dan penuh apabila jam sudah melebihi pukul 12 tengah hari.

 

” Jom duduk kat sana , kesian dia duduk sorang je , ” Dhiya mengajukan cadangan setelah ternampak Afif duduk berseorangan.

 

Meja tempat Afif duduk terdapat beberapa buah kerusi yang belum diduduki. Cukup untukku , Saiful , Dhiya dan Malik duduk.

 

” Kerja bio kau dah siap ke ? deadline seminggu lagi. “

 

” Belum lagi. Insya Allah dalam 2 , 3 hari siap , ” Afif menjawab soalan Dhiya setelah saling berbalas salam. Terlupa pula aku yang Afif , Dhiya dan juga Malik semuanya mengambil pelajaran dalam bidang biology

 

” Kami order makanan dulu ye ? ” Saiful dan aku meminta diri untuk memesan makanan sarapan pagi kat gerai yang berada di hujung cafeteria sementara mereka masih lagi berbincang tentang pelajaran biology.

 

Gerai Sri Mamak  memang sudah menjadi gerai pilihan kami. Teh tarik kat sanabest sangat ! Kat kaunter gerai tu ada dua orang yang masih lagi memesan. Terpaksalah menunggu lama sikit untuk menunggu giliran kami.

 

” Itu saja. Semuanya berapa ye kak? ” Tanya perempuan yang berada di depanku dan Saiful.

 

Eh ? Suara tu…macam pernah dengarlah. Dan lelaki yang berada di sebelah tu pun…macam pernah tengok je. Selepas membuat pembayaran perempuan itu pun memalingkan mukanya.

 

” Hakeem ? Assalamu’alaikum ! ” Tiba-tiba saja dia menyapa.

 

Erk ?! Humaira ?! Patutlah suaranya sound familiar semacam je. Dan yang kat sebelah Humaira tu…..hah ! Dah agak dah ! Tu lelaki misteri yang aku jumpa kat masjid minggu lepas lah !

 

” Wa’alaikumussalam.. ” Salam Humaira aku balas dengan suara perlahan.

 

” Zaquan ! ni lah Hakeem yang Humaira ceritakan masatu , ” terang Humaira kepada ’ kawan ’ lelaki di sebelahnya.

 

Tajam lelaki yang bernama Zaquan itu memandangku. Siap dengan senyuman sinis di wajahnya. Kemudian tangannya dihulurkan.

 

 Nice to meet you again , ” Zaquan akhirnya bersuara.

 

Tidak mampu aku berkata apa-apa. Hanya sebuah senyuman paksa yang dapat aku paparkan. Melihat riak wajah Zaquan membuatkan perasaan takut yang aku rasakan semasa bertembung dengannya kat masjid timbul lagi. Senyuman sinisnya bagaikan memberi aku sebuah amaran…habislah kau kali ni Hakeem !